![]() |
| *Sekadar Gambar Hiasan...subhanallah!! |
DQ stand for Darul Quran yang merupakan salah satu tempat yang amat baik bagi PENCINTA al-Quran. Program yang ditawarkan di DQ ada empat iaitu Pensijilan Tahfiz, Diploma Tahfiz al-Quran, Ijazah Sarjana Muda dan Sijil Tinggi Taranum al-Quran. If you still confused, go and check sendiri kat laman web DQ http://www.darulquran.gov.my/ .
OK..Untuk program Pensijilan Tahfiz dan Diploma..Pihak DQ akan mengadakan sesi temuduga kelayakan bagi tawaran kemasukan ke DQ
Actually temuduga kedua-dua program ni lebih kurang same laa cuma kalau untuk Pensijilan tu, korang ade additional interview yang akan dibuat oleh pihak UIAM yg mana korang kene cakap fully in English. So,better be prepared! Itu je laa kot yang beze antare temuduga kedua-dua program ni.
Itu yang beze,,apa yang sama pulak?
Dah nama pun Darul Quran of course laa interview dia berasaskan al-Quran..
Tips To The Interview (Diploma Tahfiz al-Quran)...untuk Pensijilan tak berapa tahu.. hehe
- Masa-Cuba untuk datang seawal yang mungkin,boleh laa nk buat last preparation atau pegi pusing2 tempat temuduga tu tapi jangan merayau kelain pulak ye.
- Penampilan- It is very important as it will gives the first impression from the interviewers. So pakai kemas2. Untuk kaum hawa disarankan pakai baju kurung bertudung(ikut syarak laa ye). Bagi kaum adam pakai baju kemeja cerah,sluar slack gelap dan besongkok atau kopiah kalau nk lebih bergaya, pakailah necktie. Markah penampilan ialah 10 markah..Try to convince the interviewer by your personality!
- Persediaan- UJIAN 1 *Mesti ada persediaan tentang ilmu Tajwid dan Bahasa Arab sebab diorang akan beri ujian samada lisan atau bertulis. Jadi kenalah take it serious kalau tak mahu merapu di kemudian hari.Markah untuk ujian ni tak tahu laa berapa..kalau korang tahu tolong bagitau ya!
UJIAN 2 *Interviewer tu akan bagi satu muka surat al-Quran, usually bahagian tengah2 sebab mereka tahu kita tak hafal bahagian tu,,maklumlah kita hafal al-Asr aje kan..haha. Then mereka bagi masa dalam 30-45 minit untuk hafal.Kemudian mereka panggil untuk tasmik. Setiap baris yang dihafal akan diberi 3 markah. Kalau korang manage to hafal satu muka surat,mereka bagi markah bonus...5 kot. So duk kat rumah tu pandai2 laa try kebolehan kita menghafal sambil rekod masa. - Keyakinan- Self-Confidence mesti semat dalam diri, kalau interviewer tanye apa2, tolong jangan merapu. Take it easy, take a deep breath and answer their question dgn penuh yakin. Tolong alert ye! sebab kadang2 tu mereka tak tengok sangat pon markah ujian 1 atau 2 tu.Meraka nak tengok how far we confidence to ourself.
- Keperluan-Bawa senaskhah al-Quran atau aku lebih prefer bawa tafsir sebab boleh hafal sambil paham makna.Sijil Akademik dan Kokurikulum yg kita kumpul semasa berada di sekolah juga perlu bawa sebagai persediaan atau bukti.Kalau boleh pakai jam tangan supaya kita sentiasa alert dengan waktu.
THANK YOU!

terima kasih atas perkongsian anjad idris
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapa soalan bahsa arab tu ?
ReplyDeletelelaki pakai jubah dan kopiah bole ke
ReplyDelete